Tetapan Yang Baru untuk Alat Melukis Kini Tersedia di TradingView

Apr 16, 2020

Mulai hari ini, arah teks anda bergantung kepada kehendak dan keperluan anda. Kini tidak lagi ada pengehadan pada alat melukis dan anda mempunyai pelbagai cara untuk membina lukisan dan carta anda.

Kami bergembira untuk memperkenalkan dua penambahbaikan untuk lukisan.

Pertama, anda boleh menambahkan teks kepada garis tegak dan dan mengembangkannya jika perlu untuk melaksanakan idea grafik anda.

Kedua, kami telah memindahkan semua pilihan untuk konfigurasi teks kepada tab Teks yang berasingan . Kini menjadi lebih mudah untuk mengurus tetapan anda dan mencari ciri dan alat yang diperlukan untuk melaksanakan pelan pencartaan anda.

Bagaimana untuk meletakkan teks pada garis tegak

Bagaimana untuk meletakkan teks saya pada garis tegak? Kaedahnya seperti berikut:

  • Pertama, buka dialog Tetapan;
  • Masukkan teks yang diperlukan dalan tab Teks baru;
  • Gunakan tetapan Orientasi Teks baru yang terletak di bawah input teks dan pilihan Penjajaran Teks

Harap maklum bahawa Orientasi Teks merupakan alat tambahan baru yang membolehkan anda menukar arah teks mengikut kehendak anda. Lihat visual di bawah:

Kami berharap anda berpuas hati dengan penambahan kepada alat melukis kami. Seperti biasa, kami mengalu-alukan sebarang maklum balas, komen atau cadangan berkenaan dengan kemas kini ini dan apa yang dikehendaki pada masa hadapan.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta