Gate.io — satu tambahan kepada TradingView yang sudah lama dinantikan

Mar 30, 2022

Anda tanya, kami dengar — data dari Gate.io, satu daripada perukaran kripto paling dipinta oleh pengguna-pengguna kami, adalah sekarang tersedia di TradingView.

Ia adalah satu cabaran untuk menjelaskan mengenai Gate.io di dalam beberapa perkataan. Satu pemain lama pasaran kripto, satu daripada pertukaran kripto paling awal di dunia yang masih kukuh memegang posisinya pada senarai 10 teratas — ini adalah Gate.io. Pertukaran dibuka pada tahun 2013, dan sehingga ini ia mendapat ikutan yang besar, dengan lebih daripada 10 juta pengguna pada masa ini. Kesetiaan seperti ini adalah masuk akal, kerana Gate.io mempunyai banyak untuk ditawarkan kepada pedagang-pedagang dan pelabur-pelabur: lebih dari 1,000 aset disokong dan lebih banyak pasangan, pelbagai kaedah-kaedah mendeposit dan mengeluarkan dana, pelbagai servis untuk memenuhi keperluan pelombong-pelombong dan juga peminat-peminat NFT… Susah tentu, kuasa Gate.io terletak pada kepelbagaiannya.

Gate.io sentiasa menjadi yang pertama untuk menambah aset popular, dan pengguna-pengguna kami akan menjadi yang pertama untuk melihat syiling-syiling baru di dalam carta mereka. Untuk mengakses data, hanya gunakan awalan GATEIO: dan ticker yang diperlukan, sebagai contoh, GATEIO:BTCUSDT.

Sila ambil maklum bahawa walaupun Gate.io boleh menawarkan pelbagai jenis asset, platform kami hanya boleh memberikan simbol untuk dagangan spot pada masa ini. Tetapi jangan bimbang, kami sentiasa bekerja untuk menambah lebih lagi data.

Kami sentiasa gembira untuk menerima maklum balas anda, jadi sila selalu menghantar buah fikiran dan komen anda.

Terima kasih, 

Pasukan TradingView

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta