Komuniti kripto TradingView dialu-alukan untuk memasuki satu pertukaran kripto bersepadu baru — OKX. Data untuk OKX telah tersedia agak lama di TradingView dan sekarang kami berbesar hati untuk melancarkan integrasi dagangan penuh supaya pengguna-pengguna boleh melakukan log masuk ke dalam akaun OKX mereka secara terus dari panel dagangan!
Pengguna-pengguna dengan akaun OKX mendapat akses kepada lebih daripada 600 mata wang kripto semerta yang tersedia untuk dagangan. OKX juga menyokong pinjaman margin, mendapatkan mata wang kripto menerusi pemancangan dan simpanan, pinjaman yang disokong oleh mata wang kripto dan produk-produk termaju seperti kumpulan perlombongan dan blok rantainya sendiri yang dipanggil OKC. Platform ini juga memaparkan satu mod terpencar — OKX Wallet, yang anda boleh tukar melalui satu DEX terbina dalam, menerokai pengagregat pasaran NFT dan juga mencari DApps teratas.
OKX, yang dijenamakan semula dari OKEx pada Januari 2022 merupakan satu pertukaran sejagat mata wang kripto yang mula beroperasi pada 2017. Semenjak itu, syarikat telah berkembang kepada lebih daripada 2,500 pekerja termasuk pekerja professional berkelas dunia yang menolak OKX ke depan di dalam industri. OKX telah menerima pakai teknologi blok rantai dengan inovatif untuk membentuk semula ekosistem kewangan dan menawarkan beberapa produk-produk, penyelesaian-penyelesaian dan alat-alat dagangan yang paling berkepelbagaian dan canggih di dalam pasaran.
Dengan lingkungan yang luas untuk aset-aset kripto termasuk semerta, margin, hadapan dan kontrak kekal, perkhidmatan dan juga komitmen tidak berbelah bahagi kepada inovasi dan operasi tempatannya dalam melakukan yang terbaik untuk memberikan khidmat kepada pelanggan-pelanggan, OKX bermatlamat untuk membuang rintangan kewangan dan membentuk satu dunia kewangan yang merangkumi semua.
OKX memecahkan mata wang kripto kepada beberapa tingkatan harga berbeza yang berubah-ubah berdasarkan kepada volum dagangan dan pegangan akaun. Untuk dagangan semerta, paling tinggi pembayaran dikenakan kepada pengguna-pengguna OKX adalah 0.10%. Pedagang volum tinggi dan mereka yang mempunyai pegangan tinggi di dalam mata wang OKB (token platform OKX) boleh mendapatkan diskaun. Hadapan, swap dan opsyen mempunyai jadual kadar mereka sendiri dengan pembayaran berbeza-beza.
Program keselamatan OKX merangkumi semua aspek: platform, aset, data dan akses keselamatan. Pertukaran ini adalah telus dan umum dengan protokolnya — termasuk sistem pengurusan risiko kukuh — yang menjamin perlindungan sepenuhnya untuk dana di OKX. Pelbagai sandar, bilik kebal bank dan had penyimpanan adalah beberapa daripada langkah-langkah yang diambil. OKX menggunakan amalan-amalan keselamatan standard industri termasuk storan sejuk untuk kebanyakan aset-aset pelanggan. Ia juga menawarkan ciri-ciri tambahan seperti keupayaan untuk menetapkan satu kata kunci pengeluaran wang dan kod-kod anti pemancingan data.
Sekarang masanya untuk mencari ikon OKX di dalam panel dagangan Carta TradingView, menghubungkan akaun pertukaran anda dan bersedia untuk pengalaman baru dengan pertukaran kripto yang bersambung. Nikmatinya kawan-kawan dan siap sedia untuk lebih banyak lagi yang akan datang!