Desktop Meja TradingView mencapai kestabilan

Dec 16, 2021

Kami melancarkan Desktop TradingView setahun lepas, pada 15 Disember, 2020. Semenjak itu, aplikasi ini telah melalui 15 keluaran beta, merangkumi Linux sebagai tambahan kepada Windows dan macOS… dan akhirnya, kami telah mencapai batu tanda terpenting kami — keluaran pertama yang stabil. Jadi sebelum kami pergi lebih jauh dan bercakap mengenai ciri baru kami, kami ingin memulakan siaran blog ini dengan satu ucapan TERIMA KASIH kepada anda semua. Kepada semua yang telah menggunakan Desktop TradingView dan berkongsi maklumbalas, kepada yang membantu kami mencari isu-isu dan menyelesaikan mereka, dan kepada mereka yang telah menyumbang kepada menjadikan aplikasi kami menjadi lebih baik dan baik dengan setiap keluaran. Kami sesungguhnya menghargai semua itu, dan kami adalah sangat berterima kasih. Jadi berikan satu tepukan yang gemuruh kepada diri anda!

Setelah mencapai ke tahap ini, kami tidak akan menghalang aplikasi kami daripada berkembang dan membangun. Kami mempunyai banyak idea-idea, ciri-ciri, dan penambahbaikan di dalam senarai tertunggak kami, dan kami pasti anda akan akan memberikan kami lebih banyak lagi—maklumbalas anda adalah sentiasa di alu-alukan. Nantikan kedatangannya!

Dan sekarang, katakan hai kepada ciri terbaru yang telah kami bina untuk anda. Desktop TradingView sekarang memberikan Sambungan Tab menggunakan simbol. Apabila anda menyambungkan beberapa tab, mereka akan muncul dengan simbol yang sama jika anda mengubah simbol di dalam salah satu daripada mereka. Lihat bagaimana ia berfungsi di dalam video di bawah.

Jika Desktop TradingView telah dipasang pada komputer anda, ia akan di kemaskini secara automatik. Hanya mulakan atau mulakan semula ia, biarkan ia berjalan selama 10 minit dan mulakan semula. Untuk memastikan aplikasi telah dikemaskni, buka “Mengenai” dan lihat pada nombor versi — ia sepatutnya adalah 1.0.0. Tidak mendapatkan applikasi lagi? Sila muat turun ia dari laman ini.

Look first Then leap

TradingView dibina untuk anda, pastikan anda memanfaatkan semua ciri-ciri hebat kami
Lancarkan Carta