Dikemaskini: Mac, 2023.
Tiada apa yang kami boleh katakan lebih lagi selain kami mencintai anda semua.
Terima kasih kepada semua, TradingView kini secara rasmi merupakan laman web pelaburan yang paling popular di dunia menurut data SimilarWeb (sejak Februari, 2023).
Kami kini mempunyai 50 juta pedagang, pelabur, penganalisis dan penyelidik dari seluruh dunia yang menyertai kami setiap bulan – dan kami dengan bangga mengalu-alukan anda semua.
Angka yang mengagumkan ini bermakna kami juga telah mendaki ke dalam 59 laman web paling popular di dunia (menurut data Alexa Ranking, Februari, 2022), meletakkan kami di hadapan gergasi internet seperti CNN (# 109), BBC (# 127), dan malah Spotify.com (# 81).
Dengan semakin banyak orang terlibat dalam pasaran, TradingView adalah tempat terbaik untuk mencari idea, membuat carta, menganalisa, dan berbual dengan pedagang-pedagang dari seluruh dunia – jadi marilah kita teruskan pesta ini bersama-sama.
Dan jika semua ini tidak mencukupi, kami kini merupakan aplikasi kewangan dengan nilai tertinggi di Apple App Store! Dengan penilaian 4.9 dan lebih daripada 500,000 ulasan di seluruh dunia, tiada pihak lain yang berada di kedudukan lebih tinggi. Kami benar-benar berbangga dengan pasukan ini dan di atas semua kerja keras yang mereka lakukan untuk membawa dunia pencartaan atas meja ke telefon pintar anda. Jadi, di mana-mana sahaja anda berada, anda akan selalu memiliki TradingView.
Jangan lupa untuk berkongsi berita gembira ini – anda boleh mendapatkan sehingga $15 di akaun anda untuk setiap rakan yang anda rujuk ke TradingView!